Belajar daripada Alice !

Alice-in-Wonderland-8-full

Sabda Rasulullah s.a.w ketika menggali Parit Khandaq; “Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” [Hadis riwayat Imam Ahmad]

Pastinya, bukanlah sesuatu yang baharu apabila mendengar hadith ini. Tetapi perkara yang sering difikirkan selalunya ialah bagaimana seorang Muslim atau Mukmin itu boleh mempercayai hadith ini sedangkan puluhan dan ratusan tahun berlalu. Apakah yang menjadikan ummat Islam tetap berpegang teguh dengan hadith ini, seterusnya terus melancarkan serangan demi serangan untuk menguasai Konstantinopel?! Jawapannya mudah, keyakinan dan keimanan yang tinggi, tidak dilupakan formula esensi iaitu kefahaman yang jelas.

Di sini saya mengambil ibrah daripada analogi cerita Alice in the Wonderland versi movie tahun 2010. Mungkin tidak munasabah dan kelakar sekiranya saya mengambil jalan penerangan ini, namun siapa tahu memang ada ibrah yang boleh dipelajari daripada movie ini.

Kisah ini menceritakan tentang seorang gadis yang kembali semula ke Underland setelah kali terakhir ke sana semasa kecil. Di sana, Oraculum dibentangkan menunjukkan bahawa seorang gadis bernama Alice akan menewaskan Naga Jabberwocky dengan pedang Vopal pada hari Frabjous. White Rabbit telah mencari ramai Alice namun, selalu menemui kegagalan, sehinggalah Alice ini ditemui. Dalam cerita ini juga, kita saksikan Mad Hatter, Cheschire Cat, White Rabbit dan Dormouse berusaha semampu mereka menyediakan Alice untuk hari yang dijanjikan tersebut sekalipun mereka berasa sedikit ragu-ragu tentang kebenaran Alice yang sebenarnya. Akhirnya Alice berjaya menjalankan tanggungjawab dan taqdirnya yang telah tertentu walaupun pada awalnya dia sendiri meragui kemampuan dirinya.

Apa ibrahnya di sini bagi ummat Islam?! Hakikatnya, apa sahaja yang dijanjikan oleh Nabi SAW itu tidak mampu untuk ditentukan siapa orangnya kapan zamannya, yang ada ialah usaha. Inilah yang berlaku kepada watak Alice yang menjadi analogi kepada kita orang Islam. Kita berasa ragu-ragu dan takut dengan realiti yang berlaku di hadapan mata kita. Kita telah dimomokkan dengan pelbagai gambaran rosak tentang kehebatan Ummat Islam sehinggakan kita tidak kenal siapa diri kita dan apa kemampuan diri kita.

Proses penyediaan oleh watak-watak dalam cerita tersebut sekalipun dalam keraguan menjadi suatu simbol kepada kerana ketidaktahuannya kita siapakah orang yang dijanjikan itu sebenar-benarnya, kita mestilah berusaha sehabis baik dan bersangka baik dengan Allah untuk menjadi insan yang terpilih tersebut. Ketika Sultan Muhammad al-Fatih masih kecil, baginda selalu membayangkan bahawa beliaulah orang yang disebut-sebut dalam hadith nabi SAW, dan ketika baginda memimpin bala tentera Islam yang seramai 250 000 orang itu baginda sekali lagi memberi inspirasi kepada tentera-tenteranya bahawa merekalah tentera yang disebut dalam hadith nabi SAW dan mereka mesti berusaha untuk menjadi tentera yang tersebut itu. Kerana itulah disebutkan bahawa usaha untuk membuka Konstantinopel itu dibuat lebih daripada 29 kali. Setiap daripada mereka berusaha untuk menjadi tentera yang disebutkan nabi SAW.

Keyakinan ummat Islam terdahulu dizahirkan dengan usaha para penghuni Underland yang berusaha untuk mencari Alice yang sebenar. Ummat Islam wajib yakin dengan Allah SWT bahawa ia adalah ketentuan yang tidak akan terubahkan lagi apabila nabi SAW menyebutnya kerana nabi tidak berkata-kata sesuatu daripada nafsu melainkan ia telah diwahyukan oleh Allah SWT. Usaha yang dilakukan tadi menjadi salah satu bukti keyakinan yang kuat ummat Islam kepada Allah SWT kepada janji-Nya.

Perkara terakhir tentang kefahaman. Kefahaman ummat Islam mestilah jelas dan faham matlamat akhir ini. Apa yang mahu kita dapatkan di akhir perjuangan ini. Bahkan Ummat Islam wajib memastikan bahawa semua wasilah untuk mencapai matlamat ini terjaga dan terlaksana dengan baik daripada sebarang campuran yang tidak asli dan merosakkan.

Sekiranya anda memahami!

Emir Abu Khalil
Graduan Macquarie University
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s