Mesir : Masa depan & Perjuangan.

Dewan Parlimen Republik Arab Mesir atau ‘ Majlis As-sya’b Al-masri ‘

Dewan Parlimen Republik Arab Mesir atau ‘ Majlis As-sya’b Al-masri ‘

Menjelang munculnya tarikh 28 November 2010 di Mesir, berita dan akhbar semakin ligat memaparkan pelbagai berita berkaitan peristiwa pada tarikh tersebut. Bukan sahaja berita tempatan, malah semua agensi berita antarabangsa memasang telinga dan mata demi mengikuti perkembangan peristiwa yang bakal terjadi pada hari itu.

Kata Dr Larbi Sadiki, pensyarah di Universiti Exeter, ‘election without democracy’. Saya sudah lama mencari frasa dan istilah yang sesuai untuk menamakan peristiwa 28 November ini. Akhirnya istilah ‘election without democracy’ ini saya fikir yang paling tepat menggambarkan hakikat peristiwa ini. Mesir bakal menentukan semula siapakah ahli parlimen mereka, dan seterusnya menentukan siapakah presiden bagi negara republik ini.

Orang lebih mudah menyebutnya sebagai pilihanraya. Namun sudah menjadi satu telahan bagi seluruh dunia bahawa di Mesir tidak wujud perkara seumpama itu. Tidak wujud hari di mana tindakan pemilihan pemimpin oleh rakyat secara bebas dan telus, menjadi satu perkara yang dirayakan. Maka tentulah kurang sesuai menggelarnya pilihanraya.

Apa pun, peristiwa ini hadir dalam tempoh saya sebagai seorang pelajar asing di bumi Mesir ini, menetap di lokasi kejadian peristiwa ini. Peluang seumpama ini amat saya hargai. Peluang menilai sistem masyarakat dan masa depan mereka dari perspektif seorang pemerhati luar, dengan neraca dan timbangan kita yang tersendiri.

Juga saya kira, peristiwa ini menarik minat ramai lagi pihak dari serata dunia. Perhatikan perkara-perkara berikut, yang pada penelitian saya melayakkan peristiwa ini diikuti dan dikaji :

  1. Peristiwa ini berlaku di saat pemimpin Mesir yang paling lama bertakhta, Hosni Mubarak, seorang bekas tentera udara yang patriotik, mungkin mengalihkan kerusi empuknya yang berpengaruh di dunia arab kepada anaknya sendiri yang mentah pengalaman politiknya serta dibawa ke arena pemerintahan melalui jalan elit dan berpaksikan kekayaan peribadi.
  2. Peristiwa ini meskipun mengikut statusnya adalah amat penting bagi menentukan masa depan negara, ruang masa, media, dan kebebasan yang diberikan kepada calon untuk membuktikan kemampuan mereka berbakti dan memperbaiki negara amat terbatas. Bahkan ruang ini terus ditutup dengan penangkapan ke atas calon-calon bertanding, khususnya dari Ikhwan Muslimin.
  3. Peristiwa ini melibatkan dua pihak utama yang bertembung dari sudut ideologi dan sokongan rakyat – Parti Demokratik Nasional (NDP) dan Ikhwan Muslimin. Parti pembangkang lain diakui rakyat tidak mampu memberi sebarang gegaran pun. Ikhwan Muslimin selaku ‘abang besar’ kepada pelbagai gerakan Islam dunia yang lain telah mengambil keputusan kekal bertanding dengan slogan ‘participation, not victory’. Mereka bakal membuktikan jalan penentangan kerajaan melalui sistem pilihanraya dan perlembagaan ini berjaya atau tidak.
  4. Peristiwa ini bakal menjadi kayu ukur paling nyata tahap kekecewaan dan putus asa rakyat terhadap sistem demokrasi di Mesir. Sejarah pilihanraya yang lalu pada 2005 menyaksikan peratus rakyat yang keluar mengundi di bawah paras memuaskan. Adakah sinar harapan dan keyakinan dengan masa depan negara telah semakin pulih, atau rakyat masih di lubuk kekecewaan? Peristiwa ini adalah pengukurnya.

Jika diizinkan Allah, saya bercadang berkongsi perspektif saya dalam melihat sendiri proses ‘demokrasi yang dipaksakan’ ini, yang melibatkan gerakan Islam tersohor dunia ; Ikhwan Muslimin, melalui tulisan-tulisan saya yang akan datang.

Semoga memberi manfaat di masa kini dan akan datang.

Syed Ahmad Isra’
Universiti Al Azhar Mesir

Advertisements

One thought on “Mesir : Masa depan & Perjuangan.

  1. Pingback: Mesir : Masa depan & Perjuangan (II) | Pena Orang Muda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s