Mukaddimah: Antara Evolusi dan Prinsip Ketuhanan

Evolution-Stop-Following-Me-TShirts

Assalamu’alaikum wbt,

Pengajian tiga tahun di bumi orang cukup mencabar keimanan seorang islam yang perlu untuk komited di dalam kedua-duanya, yakni pembelajaran dan kebenaran. Tahun pertama di uni banyak menekan teori evolusi kepada para pelajar jurusan sains hayat. Kebanyakkan masanya mencabar keteguhan iman untuk menepis kemungkinan penciptaan manusia adalah hanya secara tidak sengaja.

Menjadi kebingungan buat orang yang terlebih berfikir, semakin hari melayan kerenah minda yang inginkan jawapan yang berunsur fakta kerana dah terbiasa untuk mencari fakta berbanding cuba mengimbangkannya dengan melihat dengan mata hati.

Di pendekkan cerita, Alhamdulillah dari tahun ke tahun, sehingga ke hari ini, pada tahun ketiga, Allah menguatkan hati ini, malah kejelasan makin terang walaupun tanpa bukti yang terang secara saintifik yang mampu diri ini fahami untuk menolak teori ini. Moga Allah kurniakan minda ini kejelasan serta keikhlasan hati untuk menerangkan masalah ini kepada umat dengan cara yang berhemah dan difahami. InshaAllah Wallahu’alam.

Muhammad Hanis
Graduan University of Melbourne
Bsc Biotechnology

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s