Tension ! Tension ! Tension !

article-new_ehow_images_a07_1f_3q_gifts-lazy-guys-1.1-800x800

Dewasa ini, saya melihat pelbagai ragam dan karenah manusia. Di alam universiti ini, kehidupan saya tidak lari dari berjumpa kawan-kawan, setiap detik, setiap masa…

Kawan-kawan,

Ada yang bagus benar perangainya, setiap masa yang ada diperuntukkan untuk belajar. Di dalam kelas, fokus 100%. Di rumah (hostel), sambung kembali menelaah, habis perkataan demi perkataan di dalam buku dihafalnya, setiap inci muka surat diperiksanya (exaggerate sket), pengetahuannya menjangkaui apa yang diajar oleh pensyarah di universiti.

Orang begini saya tabik, saya jadikan role model saya sepanjang masa…

Ada juga yang suka main. Keluar malam, lepak, tengok wayang, main game, futsal, internet, habis masa dengan kawan-kawan, tapi bila belajar, belajar bersungguh-sungguh. Pendek kata, masa main dia main. Masa belajar dia belajar.

Orang sebegini ada prinsip teguh, saya hormati keputusan dan cara mereka…

Ada juga yg malas langsung. Langsung tidak ada apa-apa yang boleh dicontohi dari gaya dan hidup mereka. 24 jam tidak ada masa diluangkannya untuk belajar. Pergi kelas hanya membawa diri, mindanya hanyut entah ke mana, tidak ada ruh untuk belajar, kerana terlalu penat berjaga di waktu malam, dibantainya tidur sewaktu pensyarah sedang mengajar, habis kelas mengutuk pensyarah “entah apa-apa je lecturer tuh, membebel je banyak, baik aku tidur”

Orang sebegini…emm…orang sebegini yang saya ingin “tune”kan kepala diorang ni dalam celoteh saya yang panjang lebar ni…

Kita kembali kepada asas. Kita hidup ada tujuan. Dalam konteks pelajar, secara ringkas saya boleh simpulkan, ada dua perkara asas saja yg perlu kita tunaikan iaitu; menjaga yang wajib dan belajar

MENJAGA YANG WAJIB

Perkara wajib yang saya nampak diremeh-temehkan orang sekarang ini ialah berkenaan dengan bab solat. Rukun kedua dalam rukun Islam. Mereka sembahyang, tetapi tidak diutamakan penjagaannya. Misal, solat di akhir waktu dan lebih suka solat sendiri-sendiri (dengan alasan lebih khusyuk buat sendiri-sendiri). Tidak kurang yang hanya sembahyang dua kali waktu sehari semalam. Atau sekali saja. Atau tidak sekali pun.

Apakah masalah yg melanda sehingga sukar benar untuk melakukan solat dengan sempurna? Belajar 24 jam sehari sehingga tidak ada waktu untuk solat? Anak menangis di rumah lapar tidak disusukan? Ribut taufan mahu datang menggoncang, hati tidak tenteram khusyuk untuk solat? Tidak pernah belajar agama di sekolah? Tidak ada peluang belajar? Seharian bermain internet habis buat apa?

(Jangan marah ye)

Terlepas solat subuh, tidak bermakna hari itu tidak lagi bersemangat utk sembahyang 4 waktu yang lain. Bila sudah hampir waktu solat, rehat, tenang dan lapangkan diri (Jangan time tu la nak buat-buat sibuk, karang lupa nk sembahyang!). Siapkan diri untuk mengadap Tuhan Yang Esa.

BELAJAR

Bagi saya, belajar adalah untuk mendapatkan ilmu. Tidak kira macam mana pun caranya, asal niat kita ikhlas mahu belajar (sesuatu yg bermanfaat), saya kira sudah pun menunaikan tanggungjawab itu. Memang fitrah pelajar, hidupnya adalah memegang “buku dan pena”. Tidak kira semoden mana pun “buku dan pena” itu, asasnya adalah belajar, mendapatkan ilmu pengetahuan, meraih pengalaman dan seumpamanya.

Saya fikir, kebanyakan orang sudah keliru dengan yang mana perlu diberi prioriti dan mana tidak. Mungkin zaman moden pasca kemerdekaan kebebasan berfikir sebebas-bebasnya telah mencorakkan manusia sedemikian rupa, sehingga lalai dan leka dgn teknologi, tidak tahu mana satu batil dan benar, “kawan aku buat camtu, hidup bahagia je”. Agama dipandang sepi

Perkara mudah sebegini, walaupun ringan di mata sebelah pihak, tetapi berat bagi saya. Terkadang, memberi tekanan sampingan kepada saya, sehingga sukar untuk tenang belajar. Sebab itulah saya membebel ntah apa-apa ni, untuk meredakan tekanan-tekanan sampingan tersebut. Pencerahan demi pencerahan perlu dibuat oleh org yang sedar, supaya orang lain tidak terlepas pandang, sebelum terlambat

Saya bukan orang yg sempurna utk memberitahu dan mengajar hal-hal sebegini, tetapi saya lemas, mahu berubah tetapi persekitaran tidak mengizinkan dan menggalakkan…

MARI BERUBAH KENGKAWAN!!!

cara utk berubah? Jom Google)

p/s: pesanan untuk diri dan penaja juga

Wallahualam

Abdullah Faqir
Perubatan, MSU

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s