Kalimatun Sawa’

Image

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah”. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. [QS:3:64]

 

kalau ada yang berhujah bahawa ayat ini membenarkan penggunaan kalimah Allah, saya rasa kena cek semula. kalimah ini mengajak ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) untuk mengakui Allah sebagai Tuhan, bukan sekadar nama, tetapi pada zat dan sifatnya juga, TUNGGAL! memang tidak salah sekiranya orang bukan Islam mahu menggunakan kalimah Allah, tetapi mereka WAJIB mengakui dan beriman dengan keEsaan Allah dan Tunggalnya Dia.

as-Syahid Syed Qutb rah. dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran menyebut bahawa kerana ada orang yang menyeru bahawa dia layak disembah, maka dia merasakan bahawa dia berkuasa membuat aturan, tata nilai dan norma bagi orang yang mengikutnya.

Hak-Hak istimewa uluhiyyah terhadap manusia paling nyata ialah hak untuk disembah oleh hamba, membuat syariat bagi kehidupan mereka, dan menentukan norma dan timbangan bagi mereka. maka barangsiapa yang mendakwah dirinya salah satu daripada hak ini, maka bermakna dia mendakwa bagi dirinya hak-hak istimewa uluhiyyah dan telah memposisikan dirinya bagi manusia sebagai ilah ‘tuhan’ selain Allah.

Tidaklah terjadi kerosakan di muka bumi sebagaimana yang terjadi kalau banyak tuhan di bumi ini. seperti adanya orang yang menyembah orang lain, ketika ada orang yang mendakwa dirinya berhak untuk ditaati oleh manusia, berhak membuat syariat, tata nilai dan norma sendiri.

oleh kerana itu, dalam rangkaian ayat ini (QS:3:58-64) dibacakan pula ajakan kepada ahli Kitab untuk menuju kepada persamaan kalimah, iaitu beribadah kepada Allah sahaja, tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun, dan juga tidak menyembah antara sebahagian manusia terhadap sebahagian manusia yang lain sebagai tuhan selain Allah. kalau mereka tidak mahu, maka mestilah dilakukan perpisahan, tidak ada persahabatan lagi dan tidak perlu perdebatan.

Syed Qutb rah. Fi Zilalil Quran

Bahkan, Syed Qutb dalam tafsirnya berkata, ayat ini bukanlah ayat yang mana menunjukkan bahawa nabi dan orang-orang Islam mengungguli orang-orang ahli kitab. Kalimah ‘kalimatun sawa’’ sebenarnya bahkan merujuk kepada satu kalimah yang meletakkan semua manusia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, tiada yang mendapat kedudukan yang mulia seperti Kasta dalam agama Hindu, ataupun kedudukan para paderi yang boleh mengampunkan dosa sekalian manusia hanya kerana mereka berkata mereka wakil Tuhan. Ajakan ini bahkan tidak akan ditolak sesiapapun kecuali mereka yang keras kepala dan suka berbuat kerosakan, yang tidak ingin kembali kepada kebenaran yang lurus.

ini adalah ajakan untuk beribadah dan mengabdi kepada Allah sahaja dengan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, dengan manusia, atau batu. ini adalah ajakan agar sebahagian mereka tidak menjadikan sebahagian yang lain sebagai Rabb selain Allah, baik terhadap nabi mahupun rasul, kerana semuanya adalah hamba Allah. sesungguhnya Allah memilihnya hanyalah untuk menyampaikan ajaran-ajaran dari-Nya bukan untuk bersekutu dengan-Nya dalam uluhiyyah dan rububiyyah.

Syed Qutb rah. Fi Zilalil Quran

 

Maka, sekiranya mereka tetap berkeras untuk menggunakan kalimah Allah, maka mereka mestilah menggunakan konsep Allah yang sebenar, iaitu SATU atau ESA! TUNGGAL! Bukan tiga dalam satu atau satu dalam tiga! Bahkan jawatan para paderi hanya sekadar ketua agama, bukannya mereka yang boleh menghapuskan dosa serta tidak pula mempunyai kedudukan yang terlebih mulia daripada orang lain.

Wahai saudaraku, kalaulah kita benar-benar tenggelam dalam masyarakat untuk berdakwah kepada ummah, maka kita tidak akan sekali-kali bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah. Janganlah berhujjah kepadaku secara akademia, tetapi lihatlah anak-anak seagama kita, apakah mereka benar-benar larut dalam iman mereka atau mereka tidak lain hanya sekadar celupan palsu?! Sudahlah ramai yang menjadi sesat dan punah, kalian terus mencurahkan minyak tanah pada api yang makin marak. Engkau menyalahkan orang lain kerana menyesatkan mereka dengan hiburan duniawi, tetapi engkau juga menambahkan lagi kecacatan mereka.

Emir Abu Khalil
Graduan Macquarie University
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s