Pemuda dan aktivisme

ABS 8

Sebagai seorang anak muda, kadangkala, kita ini terlalu bersemangat dan gelojoh dalam beraktivisme. Mahu baca buku ini, mahu baca buku itu, mahu pergi ke sini, mahu pergi ke situ. Mahu jadi ini, mahu jadi itu. Adakalanya, bila tiba satu limit, kita rasa letih, terlalu letih, hingga meninggalkan semuanya.

Kenapa ?

Seorang Ustaz yang saya sangat hormati pernah berpesan. Tapakilah jalan dakwah ini dengan ilmu dan kesedaran bukan hanya sekadar semangat dan sentimen semata.

Bergerak atas faktor ilmu , tidak sama dengan bergerak atas faktor semangat. Bila anda bergerak atas faktor ilmu, kesedaran akan muncul. Dan bila kesedaran telah muncul, Ia akan mulai meresap masuk ke dalam sanubari dan seterusnya melahirkan satu jiwa sedar penuh bersemangat.

Dari satu jiwa sedar penuh bersemangat inilah akan lahirnya, seorang perwira muda yang tegar untuk berkorban dan berjuang atas jalan yang diyakininya. Dia bergerak tanpa mengira susah mahupun senang, hujan mahupun panas dan sihat mahupun sakit. Dia juga, tidak hanya bergerak bila semangatnya sedang memuncak, tetapi juga bila semangatnya mulai reda dan menurun. Dia istiqamah dalam bergerak dan berjuang kerana dia punyai ilmu.

Kenapa perlu tahu semua ini ?

Supaya kita tahu, atas sebab apa kita bergerak ? Atas sebab ilmu atau sebab semangat semata. Kerana semangat dan sentimen yang membuta tuli bakal mematikan kita di jalan ini.

Pastinya adalah satu kerugian, jika tenaga anak muda ini kehabisan di pertengahan jalan. Sedangkan ummat, masih memerlukan tenaganya.

Wallahualam

p/s : Adapun, kita tidak nafikan fitrah manusia. Turun naiknya semangat itu biasa. Soalnya, bagaimana kita untuk mendepaninya ?

Asyraf Farique

Advertisements

Edisi Travelog: Ibrah dari Paris

Paris Paan 2

Paris. Terkenal dengan nama julukan “La Ville-Lumiére”The City of Light kerana menjadi pusat tumpuan pendidikan dan pemikiran ketika The Age of Enlightenment.

Saya berkesempatan untuk melawat Bandar Paris pada penghujung tahun 2011. Paris menjadi lokasi kunjungan pertama saya di bumi Eropah dan terdapat banyak pengajaran yang dapat saya pelajari sepanjang saya berada di sana. Pertama kali menjejakkan kaki di sebuah negara yang bertunjangkan fahaman secular menjadikan diri saya sedikit gelisah; terdapat banyak cerita yang kurang enak yang saya dengari dari internet dan kawan yang belajar di sini.

Paris mengamalkan fahaman total secularism, di mana agama dan dunia dipisahkan secara menyeluruh; antara implikasi fahaman tersebut adalah tiada seorang pun yang dibenarkan untuk melakukan ritual ibadah mereka di khalayak ramai. Ini merupakan sesuatu yang sangat asing bagi saya kerana sepanjang tiga tahun di benua Australia, umat Islam dibenarkan untuk bersolat di mana-mana sahaja, tak kira di atas padang rumput atas padang pasir, di dalam bawah escalator shopping mall atau di kaki lima bangunan yang bersih. Tiada sebarang sekatan dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas kami selama ini, dan tentu sahaja ianya merupakan suatu nikmat yang besar yang Allah kurniakan kepada kami.

paris paan 3

La Ville-Lumiére, Indah Khabar dari Rupa.

Sungguhpun nama ‘Kota Cahaya’ sangat sinonim dengan Bandar Paris namun bagiku, ia hanyalah indah khabar dari rupa. Masyarakatnya jauh dari nilai-nilai ketamadunan yang dilaung-laungkan oleh para sarjana barat semasa The Age of Enlightenment. Masyarakat yang menghuni Paris bukanlah lagi sebuah masyarakat yang mempunyai jiwa dan perasaan tetapi hanyalah robot-robot yang menjalani kehidupan mereka seperti yang telah dicorakkan oleh realiti setempat. Ketandusan nilai kemanusiaan sangat ketara di sana.

Sepanjang di Paris, saya menaiki subway sebagai transportation mode yang utama kerana sistem yang sangat complex dan highly integrated. Kali pertama saya menaiki subway untuk ke Eiffel Tower, saya ternampak seorang penumpang yang mabuk membuang air kecil di sebuah sudut di dalam subway tersebut sedangkan pada masa itu terdapat ramai penumpang lain yang memerhatikan kejadian itu berlaku tanpa cuba untuk menegah dari penumpang mabuk tersebut meneruskan hajatnya. Mungkin saya tidak berlaku adil dalam menilai, tetapi pada hakikatnya hampir setiap stesen subway utama yang saya sempat lalui berbau hancing dan hamis. Seolah-olah seperti tiada kesedaran dari mana-mana pihak baik kerajaan atau masyarakat sendiri dalam menangani isu ‘remeh’ tersebut dan menjadi normality di dalam masyarakat.

Di sebalik keindahan Eiffel Tower, Arc de Triomphe,The Louvre,tersembunyi di sebaliknya ketamadunan manusia yang hancur.

Paris Paan 4

Barbes-Rochechouart, Sebuah Lagi Kejutan.

Saya menginap di sebuah hostel di sekitar Barbes-Rochechouart, sebuah kawasan yang didiami oleh imigran dari negara-negara timur tengah. Sebelum membuat keputusan untuk menginap di hostel tersebut, saya telah membuat sedikit kajian mengenai hostel tersebut, jaraknya dari stesen subway, makanan halal, surau berdekatan, dan satu perkara yang menarik perhatian saya adalah, kawasan tersebut adalah kawasan penduduk arab imigran. Pada masa itu, saya kira ia akan memudahkan urusan saya sebagai seorang Muslim, namun sangkaan saya meleset. Barbes-Rochechouart adalah kawasan samseng arab!

Keluar sahaja dari stesen tersebut, saya dikerumuni oleh beberapa orang arab yang cuba untuk menjual kotak rokok, tiket subway dan beberapa barangan lain namun saya tidak mengendahkan dan terus berlalu pergi tanpa memandang wajah mereka kerana Jabeer, penyambut tetamu hostel yang saya duduki berkata saya bertuah kerana tidak ditipu oleh samseng-samseng tersebut. Kebanyakan mereka hanya menjual tiket subway yang sudah digunakan dan kotak rokok yang diisi dengan puntung rokok sahaja.

Situasi itu membuatkan saya berfikir panjang, apakah faktor yang menjadikan mereka sedemikian rupa? Adakah disebabkan tekanan hidup yang mencengkam atau mereka hidup di dalam sebuah sistem yang jauh dari Islam? Saya cuba bertanya kepada Jabeer, tetapi dia tidak mempunyai jawapan yang konkrit kerana dia juga bukanlah a practising Muslim.

Paris Paan

Grand Mosque, Pemberi Khabar Gembira.

Grand Mosque adalah salah satu daripada tiga buah Masjid yang terkemuka di France. Saya bergerak ke Grand Mosque dari Luxembourg sebuah kawasan tarikan pelancong, dari situ saya menaiki Metro Line 4 ke Denfert Rochereau dan dari situ saya menukar subway ke Metro Line 6 menuju ke Place d Italie sebelum menaiki subway Metro Line 5 menuju ke Place Monge. Kemudian saya perlahan-lahan berjalan menuju ke Grand Mosque.

Setelah tiba di Grand Mosque, saya terpana seketika. Itulah kali pertama saya melihat sebuah masjid yang mempunyai cirri-ciri seni bina dari Spain. Masjid tersebut terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ruang taman yang kehijauan, ruang kosong yang dihiasi dengan takungan air pancut dan juga ruang solat utama. Jauh di dalam hati, saya dapat merasakan keagungan Islam di France pada suatu masa dahulu. Namun kini, di tempat yang sama, Islam dipijak-pijak.

Memasuki ruang solat utama, kelihatan para jemaah sedang bersolat zohor dan saya tidak turut ketinggalan untuk menunaikan solat bersama mereka. Seusai solat, saya melihat keadaan sekeliling dan saya dapati terdapat beberapa halaqah sedang berjalan di sekitar ruang solat utama. Itulah khabar gembira yang saya cari di bandar ini. Petunjuk di mana gerak kerja pengislahan umat giat dijalankan oleh para pencinta Islam, biarpun di tengah kota sekular total ini. Saya tersenyum sendirian dan meneruskan perjalanan sambil berdoa

“Semoga Allah menyuburkan dakwah Islam di Bandar ini. Semoga lebih ramai lagi manusia yang akan sujud pada-Mu. Moga cahaya keimanan akan menerangi bandar ini setinggi La Ville-Lumiére!”

Wallahualam

Muhammad Nur Farhan,
Ex UNSW Australia

p/s : Gambar menarik

Kuasa Rakyat

kuasa_rakyat

Kuasa rakyat ? Apa yang kita faham mengenai kuasa rakyat ?

Dr Abd Karim Zaidan di dalam bukunya ” Hak Muslim dan bukan Muslim dalam negara Islam” menulis :

1) Apabila ketua negara ialah wakil, maka difahami secara spontan (badihi) bahawa dia mengambil kuasa dpd pihak yg mewakilkannya (ummat).

2) Walau ummat adalah sumber kuasa, tetapi ;
-kuasanya terbatas, dan tidak mutlak
-terbatas dgn kuasa Allah yg mutlak yg terhasil dpd peraturan yang disyariatkan Nya kepada umat manusia

3) Oleh itu, kuasa yg ada pada ummat adalah kuasa melaksanakan undang-undang Allah, bukannya kuasa mencipta dan mengubal undang-undang baru (bertentangan dgn syariat Allah)

4) Apabila ummat mengubal undang2 dan menyalahi syariat Allah, perkara di atas adalah tidak syar’ie kerana melampaui batas-batas kuasa yg diperuntukkan.

5) Kesimpulannya, kuasa ummat adalah terbatas. Begitu juga kuasa ketua negara (wakil yg dilantik ummat).

Kaka Peluk Islam ?

Kaka1

Pemain bola sepak terkemuka Brazil, Kaka, memeluk agama Islam.

Syukur akhirnya “Beliau telah diberi hidayah oleh Allah”

Ha ???

Ok itu satu contoh.

Contoh ke dua, mahasiswa memukul kepala anggota polis hingga tercabut hidung ?

Berita paling dekat suatu ketika dahulu,

“Angkara Kuey Teow”

Hanya mengambil kenyataan satu dua orang di sekolah kami, media dengan mudahnya membuat kesimpulan bahawa “kuey teow” kantin penyebab keracunan makanan.

Berita itu tidak mengapa, tiada unsur fitnah, meski tipu belaka.

Cuba bayangkan, sesuatu yang bersifat fitnah.

“Parti A talibarut Israel”

“Ulama B pengikut ajaran sesat”

“$%$%&*&^*(&

Dan bermacam-macam lagi. Cuma satu yang ingin saya sampaikan.

Integriti media ? Mana hilangnya ?

Perhatian !!! untuk mengelakkan kebosanan, saya akan menulis dalam kadar bahasa yang sangat mudah. Mungkin lebih rendah mutu bahasanya daripada penulisan UPSR.

Rakan-rakan sekalian,

Jujur saya katakan, topik ini agak berat untuk dihuraikan. Bosan ? Panjang ? Tiada jalan cerita ? Tidak romantik ? Itu pasti. Namun, sampai bila minda kita harus dikongkong dengan sesuatu yang bersifat “ringan” serta mudah untuk dihadam? Dalam erti kata lain, tiada penggunaan minda tahap “super” diperlukan untuk mencerna maklumat. Dan, jika adapun, 0.1% mungkin?

Untuk penulisan kali ini juga, saya mengelakkan penulisan bersifat “reflektif” terlampau. Dengan bahasa mudah, kurang “flash back”. Biar ringkas, mudah dan senang untuk diterima isinya.

Integriti ?

Apakah itu?

Integriti jika dirujuk kamus minda saya (malas untuk merujuk kamus), bermaksud, ketulusan, kejujuran dalam menyampaikan sesuatu. Terus kepada isi di atas ;

Kekurangan Integriti dalam arus media seantero dunia. Lebih spesifik, di Malaysia.

Setelah hampir 13 tahun menjadi pembaca setia akhbar tempatan (ditolak sebelum berumur 7 tahun), akhirnya dapat juga saya rumuskan satu pola konklusi bahawa ;

Media di Malaysia kurang sesuatu yang dipanggil sebagai integriti dalam menyampaikan maklumat.

Anda tahu kenapa ?

Kadang-kadang saya berasa sangat loya membelek satu demi satu petikan akhbar-akhbar tempatan. Yang satunya memang terkenal dengan berita “politikus” terlampau, yang satunya terkenal pula dengan tajuk “headline” separa lucah, separa mistik dan juga separa ajaib. Itulah kita, bila kerjaya kewartawanan ini diserikan lagi dengan insan-insan tiada integriti. Ops !!! bukan semua. Hanya segelintir.

Anda tahukah bahawa, dek kerana kekurangan integriti, banyak masalah berlaku di negara kita ini. Fitnah berlaku berleluasa, seolah-olah sukar dibendung. Adu domba, akhbar berkepentingan, mengambil setengah, menolak setengah yang lain. Aduh.. Dari hari ke hari nilai integriti ini semakin puput ditelan zaman.

Maka, tidak mahu tidak, kemunculan akhbar yang tulus serta media yang penuh integriti amat dinanti-nantikan oleh masyarakat. Media yang tiada kepentingan diri dari segi politik, pengaruh mahupun keuntungan.

Saya tahu, artikel saya ini, mungkin kurang daripada 2 orang yang membacanya. Siapalah saya. Tiada jawatan, pangkat mahupun kuasa.

Namun, ia tetap sesuatu yang lahir dari buah fikiran insan yang bernama pemuda. Buat sekian kalinya, saya ingin memuji tv-al Hijrah/sinar harian/tv isma atas pendekatan serba baru yang berjaya dimainkan mereka. Agar nanti berita-berita serta siaran-siaran hiburan yang disajikan bukan sahaja penuh integriti tetapi penuh kualiti dan 100% dijamin halal.

Jangan pernah malu untuk menjadi ahli media. Kepentingan anda amat diperlukan masakini. Bayangkan jika ahli-ahli media, wartawan serta journalis ini tahu bahawa kerjaya mereka tidak kurang pentingnya berbanding doctor, engineer dan juga saintis mereka akhirnya sedar akan peri pentingya nilai integriti ini.

Ini kerana, tanpa wartawan yang jujur, impaknya bukan setakat terkena pada satu dua orang, malahan mungkin bencana yang besar boleh menimpa seantero dunia.

Tidak percaya ?

Lihat sahajalah peperangan.

Api-api fitnah ini disebarkan oleh siapa ? Jika tidak media ?

Media, anda seharusnya bersikap profesional dalam menjalankan tugas, integriti itu harus dijunjung. Apa gunanya berita meletup-letup selepas anda meletup-letupkan api perpecahan dalam kalangan umat Islam itu sendiri. Masyarakat. Anda harus bijak menilai. Jangan mudah terpedaya dengan sebaran fitnah. Kaji betul-betul. Jangan kerana cakap satu dua orang, anda telah percaya. Tonton satu dua video di you tube, anda boleh buat huraian sendiri.

Justeru, ambillah sikap tabayun dahulu apabila mendengar/melihat sesuatu perkara. Ingatlah akan firman Allah swt ini ,

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

(Al-Hujuraat49:6)

Semoga bumi tercinta ini terus disirami mekarnya bunga tarbiyah. InsyaAllah.

Asyraf Farique

Generasi Pemuda dan Perubahan

inikalilah (1)

Fathy Yakan di dalam tulisannya, “Generasi Pemuda dan Perubahan” menghuraikan dengan jelas saya kira maksud sebenar perubahan yang dimahukan dalam Islam. Dia memulakan intro dengan cukup cantik. Apabila membawa pembaca mengenal apa itu perubahan dan apa itu “revolusi”

Katanya

“Perubahan merupakan cogankata yang kerap dikemukakan pada masa mutakhir ini oleh pihak- pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Revolusi. Marxisme adalah merupakan aliran yang paling menonjol sekali mempercayai bahawa perubahan itu mesti berlaku secara kekerasan. Marx secara terang-terangan telah mengemukakan pandangannya terhadap cara (uslub) yang seharusnya diambil oleh gerakan Komunis dalam melakukan perubahan sosial dan mengubah Kapitalisme.

Katanya: “Tidak ada jalan bagi menggantikan Kapitalisme dengan Sosialisme kecuali dengan revolusi.”

Lalu, adakah revolusi dibenarkan dalam Islam ? Iya, dibenarkan ! Jika iyanya menepati ciri-ciri perubahan di bawah !

CIRI-CIRI PERUBAHAN DALAM ISLAM

Perubahan Islam mempunyai ciri-ciri aqidah dan akhlak yang berbeza dari aliran- aliran perubahan lain di dunia.

Tidak pernah mereka yang telah menghirup dan mengecapi Islam, kemudian enggan dan menolaknya, kerana Islam mempunyai keunggulannya yang tersendiri dalam konsep pemikiran, ‘manhaj’ haraki dan ‘uslub’ perubahan.

Antara ciri-cirinya:

i) Perubahan Menyeluruh

-Perubahan yang syumul dan kulli. Menyeluruh. Bukan sekerat-sekerat. (Berbeza dengan berperingkat)

-Perubahan Islam bukanlah suatu fenomena politik bagi sebuah negara.

-Ia bukanlah merupakan nas dalam perlembagaan di sebuah negara yang menyatakan agama rasminya ialah agama Islam atau ketua negaranya semesti seorang yang beragama Islam.

-Unik dari segi method (uslub)

-Perubahan dengan sistem yang berpogram/tersusun, bukan dengan cara ketenteraan utk mendapatkan kuasa secepat kilat.

– Perubahan dalam Islam adalah perubahan yang bermula daripada pembinaan sendi-sendi, supaya menjadi “support system” kpd masyarakat utk bangun

-Perubahan dalam Islam bukanlah perubahan yang menempel. Melarang sebahagian yang haram, pada masa yang sama, membenarkan juga sebahagian yang haram.

ii) Perubahan Aqidah

-Aqidah Islam menentukan tabiat dan manhaj perubahan

-Berdasarkan dua aspek berikut
=Betul tujuan/wasilah
=Terjamin tepatnya dari segi syara’ serta bersesuaian dengan ruh Islam, sebagaimana terpeliharanya juga perubahan Islam itu dari melanggar kaedah- kaedah syara’.

– Ini kerana, Islam melihat perubahan itu bukan sahaja dari segi tujuan ttp juga dari segi jalan utk menegakkan perintah Allah dan melaksanakan hukumanNya. Apabila perubahan itu tidak mencapai tujuan, ianya boleh membawa akibat buruk kepada Islam itu sendiri.

ii) Perubahan berprikemanusiaan (penuh akhlak, bukan dendam)

-Ertinya, ia tidak akan menuju kepada kebaikan dengan melalui jalan keburukan, dan menghirup kehinaan untuk sampai ke mercu kebahagiaan. Atau ia tidak membina bangunan di atas tengkorak dan darah.

-Walaupun Tacashoft, seorang pemimpin agung Komunis telah memberikan amaran untuk menghapuskan semua orang-orang Rusia yang melewati usia dua puluh lima tahun kerana mereka tidak mahu mewakili pemikiran Marx, namun Islam menunjukkan sifat-sifat rahmat dan berperikemanusiaan dalam banyak peristiwa dan kejadian.

–Dalam Perubahan Islam, tidak tergambar hukuman gantung atau hukuman bunuh sebilangan kecil atau sebilangan besar mereka yang menyeleweng samada dari segi politik mahupun akhlak.

– Jelaslah bahawa perubahan dalam Islam mempunyai ciri-ciri berperikemanusiaan; tabiatnya berakhlak dan akidah Islamiah ialah wasilah serta matlamatnya.

Bentuk manhaj Bagi Persediaan Pemuda Islam

Ia wajiblah mengandungi tiga perkara pokok:

1   Persediaan di segi pemikiran.

2-  Persediaan di segi kejiwaan.

3-  Persediaan di segi haraki (Pergerakan).

 

1- Persediaan di segi Pemikiran

Yang kita maksudkan adalah membentuk aqliyah Islamiyyah (berfikir secara Islam) bagi pemuda-pemuda Islam. Apakah ‘thaqafah’ (pengetahuan) yang diperlukan?

Bagi pemuda Islam, supaya membolehkan mereka bangun menunaikan tanggungjawab yang berat itu, mereka memerlukan pemikiran yang sempurna, iaitu:

A) “Thaqafah Islamiyyah (pengetahuan Islam) iaitu wajib mereka dipersenjatai dengan pengetahuanIslam,dimana pengetahuan yang asli murn iterpusat pada usul-dasar dankaedah. Ia diperlukan awal-awal lagi untuk membina kehidupan di atasnya; dan juga sebagai alat untuk menarik orang lain kepadanya. Sesungguhnya orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mampu memberi.

Bagi membentuk thaqafah Islamiyyah ini semestinya dipelajari ilmu-ilmu berikut: Al-Quran dan tafsirnya, as-Sunnah dan ulumnya, as- Sirah an-Nabawiyah, kehidupan para sahabat, fiqh dan usul fiqh, ilmu Aqidah, ilmu Tazkiyah, dan sistem-sistem Islam. “Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya dia difahamkan agama kepadanya.”

B) Thaqafah Ammah (Pengetahuan Umum) iaitu pemuda-pemuda Islam memerlukan pengetahuan, ilmu dan pemikiran lain bagi membolehkannya mengkritik dan menghadapi mana-mana penyelewengan. Benarlah sabda Rasulullah saw dalam hadis-hadis:

‘Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum itu ia aman dari tipuan mereka.’ ‘Ambillah hikmah itu walau vdari bekas manapun ia keluar.’

2-Persediaan di segi kejiwaan.

Bagi membentuk thaqafah umum maka mestilah dipelajari: Pengetahuan tentang kemanusiaan, sains, pengetahuan teatang realiti dan sejarah.

Apa yang kita maksudkan ialah pembentukan kejiwaan secara Islam bagi pemuda Islam. Kejiwaan Islam itu ialah kejiwaan yang menggunakan naluri dan kecenderungan mengikut hukum syara’, kejiwaan yang mendapatkan fatwa Islam dan berpegang teguhdengan fatwa itu. Maka ia tidak dikuasai oleh hawa nafsu atau dipimpin oleh syahwat atau oleh kepentingan.

Persediaan kejiwaan ini samalah pentingnya dengan merialisasikan persediaan pemikiran dan mengamalkan aqliyah Islamiyyah itu.

Persediaan kejiwaan ialah menjinakkan jiwa untuk terikat dengan syarak dalam memenuhi kehendak dan kemahuan. Ini boleh dicapai dengan memahami hukum syarak bagi had-had pemenuhan itu. Kemudian menjinakkan jiwa untuk menunaikan tanggungjawab ibadah dan tarbawiyah (pendidikan tarbiah).

Persediaan kejiwaan merupakan tulang belakang kepada manhaj tarbiyyah. Ianya merupakan hati yang berdegup dan dinamo yang menggerakkan segala enjinnya.

Di sini wajiblah bagi mereka yang bertanggungjawab memberi tarbiah kepada pemuda-pemuda untuk mengetahui bahawa persediaan kejiwaan ini ialah sebagai batu asas dalam pembinaan sahsiah Islamiyyah.

Pemuda Islam pula hendaklah memahami bahawa perhatian berat hendaklah diberi kepada Tazkiatan-Nafsi (membersihkan diri). Ianya hendaklah lebih dari segi lain. Kalaulah akal dan jasad memerlukan makanan seperlunya untuk menjalankan peranan secara sempurna, begitulah juga dengan jiwa dan hati, hendaklah diberikan makanan kerana dengan jiwa ia beriman dan dengan hati ia menjadi rabbani.

Oleh itu bagi pemuda Islam, sejauh manapun pengetahuan yang ada padanya tidaklah terjamin selagi pembentukannya tidak rabbani, kerana tanpa rabbani, ilmu pengetahuan tidak akan dapat diasas kan ke atas taqwa dan keredhaan Allah swt.

Dari sini dapatlah kita fahamkan beberapa kali tentang nilai hati yang disebutkan oleh Al-Quran dan sunnah apabila berbicara tentang manusia. Allah swt berfirman:

50:37 “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang- orang yang mempunyai hati atau akal atau yang menggunakan pendengarannya”.

26.88-89 “Pada hari yang tidak lagi bermanfaat harta dan anak kecuali mereka yang datang menghadap tuhan dengan hati yang sejahtera”.

58.22 “Tidak kamu dapat suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul Nya, walaupun mereka itu bapa- bapa mereka, anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka atau kaum kerabat mereka. Mereka itu orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan di hati mereka keimanan dan disokong pula dengan ruh dariNya”.

Dalam sunnah, sabda Rasulullah saw:

Manusia itu kedua matanya ialah penunjuk, kedua telinganya menahan (daripada maksiat), lidahnya jurucakap, kedua tangannya sayap, dua kakinya tunggangan. Hatinya raja, apabila raja baik, baiklah tenteranya.’ 

Kesimpulan

Ringkasnya, bahawa pemuda Islam diajak ke arah melakukan TAGHYIR ISLAMI (Perubahan secara Islam) dalam dirinya sebelum ia diajak ke arah mengubah masyarakatnya. Benarlah pula kata-kata Ali Bin Abi Talib bila ia mengatakan:

‘Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin manusia, hendaklah ia mula dengan mengajar dirinya sendiri sebelum mengajar orang lain. Hendaklah ia mengajar dengan cara perjalanan hidup sebelum mengajar dengan lidah. Orang yang dapat mengajar dan melatih diri sendiri itu lebih layak dihormati dari mereka yang mengajar orang ramai.

Mereka yang sebenarnya mencapai kemenangan hakiki dalam medan perjuangan TAGHYIR ialah mereka yang mendapat keuntungan diri mereka walaupun pada lahirnya mereka rugi di dunia. Orang yang mendapat kerugian hakiki ialah mereka yang kalah dalam diri mereka walaupun mereka lahirnya mendapat keuntungan dunia.

Wallahualam

Pluralisma agama for dummies (part 2)

394210_652324231451321_803792077_n
vi) Nasihat beliau kepada Malaysia.

Malaysia seharusnya menjadikan pelajaran akan apa yang menimpa Indonesia. Malaysia seharusnya terus mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan (religion of federation), maka anasir-anasir luar boleh dihalang.

vi) Adakah Pluralis sudah ada di Malaysia ?

Kata beliau, penubuhan Interfaith Commision (IFC) di Malaysia adalah dalam rangka penyebaran fahaman pluralisme di Malaysia. Ada 14 tuntutan IFC ini ;

http://www.pluralism.org/profiles/view/74169

14 tuntutan IFC:

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan didalm kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agam itu hendaklah diajar disemua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

vii) Kekesalan Dr Ugi Suharto

Tuntutan di atas sebahagian besarnya bercanggah dengan ajaran Islam di Malaysia. Bukankah aneh ada orang Islam dan kumpulan Islam yang mendokongnya ?

viii) Kesimpulan beliau

Islam mengakui adanya religous plurality (dalam erti menerima perbezaan agama dan budaya dalam kehidupan bermasyarakat) tetapi menolak religous pluralism ( yang menyamakan semua agama).

Prinsip ‘lakum dinukum waliyadin’ dan ‘ la ikrahu fiddin’ menjadi teras utama toleransi dan kerukunan beragama dalam Islam. Prinsip ini pada dasarnya menerima adanya perbezaan agama dari segi akidah dan keyakinan masing-masing.

Pluralisme agama ingin memansuhkan perbezaan tersebut dan mendakwa mereka lah pembawa kebenaran. Mereka berhasrat menjadi polis kepada mana-mana agama yang ada .

Dengan kerangka civil religion, mana-mana agama yang mendakwa dirinya sahaja betul adalah agama yang jahat.

Rujuk ‘when religion becomes evil’

Ada 4 syarat untuk digelar agama jahat :

– Absolute truth claims
– Blind obedience
– Establihsing the ideal time
– The end justify any means
– Declaring Holy War.

viii) Adakah gejala ini baru sahaja berlaku ?

Tidak buku ini sahaja cetakan pertama pada 2007. Juga telah ada beberapa siri kuliah dan seminar yang diadakan dan dianjurkan oleh

-Jabtan Hal ehwal agama Kelantan (3hb Jun 2006)
– Jais dan Abim(23 sept 2006)
– Haluan ( di Bertam Pulau Pinang , 25 Nov 2006)
– Dan lain-lain tempat.

p/s :

Ya Allah, saksikan bahawa aku telah menyampaikan.

Pluralisma agama for dummies (part 1)

922888_652323081451436_798419801_n

i) Apakah pluralisme agama ?

Pluralisme agama adalah fahaman yang menyamakan semua agama. Secara ringkasnya terdapa 4 aliran pemikiran pluralisme agama yang berkembang sekarang ini ;

-Civil Religion
-Global Theology
-Transcendent Unity of Religions (TUR) dan Syncretism

Di Indonesia, aliran TUR mendapat sambutan dari tokoh-tokoh pemikir Islib (Islam liberal)

ii) Apakah TUR itu ?

Ajaran TUR membahagikan agama-agama besar dunia (Islam, Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu, dll) kepada dua struktur utama

– Exoteric (Luaran/Zahir)
– Esoteric (Dalaman/Batin)

Menurut mereka, agama ini hanya berbeza daripada struktur luaran sahaja tetapi batinya sama. Menuju kepada tuhan yang satu.

iii) Siapakah tokoh-tokoh yang membawa faham pluaralisma ini ?

-Rene Guenon (lahir di perancis pada 1883, kemudian menganut Islam)
-Frithjof Schuon (memeluk Islam menukar nama pada Isa Nuruddin Ahmad)
-Seyyed Hossein Nasr (seorang Syiah)
-Huston Smith (Perintis kepada konsep segitiga, tuhan berada di titik tertinggi, dan semua agama akan mengalir ke bawah dpd titik tersebut dan akan bertemu pada titik yang sama)
-Nurcholis Majid (Satu Tuhan Banyak Jalan, penyebar Islam liberal di Indonesia)

iv) Situasi di Indonesia sekarang ;

Semakin diterima oleh generasi muda Islib dan JIL (jaringan Islam liberal). Mereka bebas untuk membuat kenyataan rasmi di media-media seperti kenyataan Ulil Absar Abdalla (Tokoh JIL)

“Semua agama sama, semuanya menuju kebenaran. Jadi Islam bukan yang paling benar” – Majalah Gatra, 21 Dis 2002

Projek sekolah pluralisma di Sekolah Madania Jakarta. Dr Budhy Munawar Rahman (aktivis JIL) berkata ;

“Ketika pelajaran agama, setiap anak akan melalui sistem moving class. Ada macam-macam kelas agama terpisah-pisah, Christian class, catholic class dan Islamic class. Ada juga diadakan perayaan agama, di mana semua kelas agaama akan berhias mengikut agama masing-masing. Simbol setiap agama juga akan ditonjolkan. Tujuannya adalah untuk melahirkan pelajar yang pluralis”

Sumber : www.islamlib.com

MUI (majlis Ulama indonesia) dibodoh-bodohkan, dan fatwa mereka tidak diterima kerana tiada undang-undang yang boleh menguatkuasakan fatwa tersebut hatta oleh pemerintah sekalipun.

v) Kenapa situasi di Indonesia begitu teruk sekali tidak di Malaysia ?

Jawabnya ringkas ,Indonesia secara perlembagaan tidak memberikan hak istimewa kepada Islam untuk menjadi agama rasmi negara. Akhirnya Islam secara khusus tidak dilindungi undang-undang.

vi) Nasihat beliau kepada Malaysia.

Bersambung : Siri Dua