Edisi Travelog: Ibrah dari Paris

Paris Paan 2

Paris. Terkenal dengan nama julukan “La Ville-Lumiére”The City of Light kerana menjadi pusat tumpuan pendidikan dan pemikiran ketika The Age of Enlightenment.

Saya berkesempatan untuk melawat Bandar Paris pada penghujung tahun 2011. Paris menjadi lokasi kunjungan pertama saya di bumi Eropah dan terdapat banyak pengajaran yang dapat saya pelajari sepanjang saya berada di sana. Pertama kali menjejakkan kaki di sebuah negara yang bertunjangkan fahaman secular menjadikan diri saya sedikit gelisah; terdapat banyak cerita yang kurang enak yang saya dengari dari internet dan kawan yang belajar di sini.

Paris mengamalkan fahaman total secularism, di mana agama dan dunia dipisahkan secara menyeluruh; antara implikasi fahaman tersebut adalah tiada seorang pun yang dibenarkan untuk melakukan ritual ibadah mereka di khalayak ramai. Ini merupakan sesuatu yang sangat asing bagi saya kerana sepanjang tiga tahun di benua Australia, umat Islam dibenarkan untuk bersolat di mana-mana sahaja, tak kira di atas padang rumput atas padang pasir, di dalam bawah escalator shopping mall atau di kaki lima bangunan yang bersih. Tiada sebarang sekatan dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas kami selama ini, dan tentu sahaja ianya merupakan suatu nikmat yang besar yang Allah kurniakan kepada kami.

paris paan 3

La Ville-Lumiére, Indah Khabar dari Rupa.

Sungguhpun nama ‘Kota Cahaya’ sangat sinonim dengan Bandar Paris namun bagiku, ia hanyalah indah khabar dari rupa. Masyarakatnya jauh dari nilai-nilai ketamadunan yang dilaung-laungkan oleh para sarjana barat semasa The Age of Enlightenment. Masyarakat yang menghuni Paris bukanlah lagi sebuah masyarakat yang mempunyai jiwa dan perasaan tetapi hanyalah robot-robot yang menjalani kehidupan mereka seperti yang telah dicorakkan oleh realiti setempat. Ketandusan nilai kemanusiaan sangat ketara di sana.

Sepanjang di Paris, saya menaiki subway sebagai transportation mode yang utama kerana sistem yang sangat complex dan highly integrated. Kali pertama saya menaiki subway untuk ke Eiffel Tower, saya ternampak seorang penumpang yang mabuk membuang air kecil di sebuah sudut di dalam subway tersebut sedangkan pada masa itu terdapat ramai penumpang lain yang memerhatikan kejadian itu berlaku tanpa cuba untuk menegah dari penumpang mabuk tersebut meneruskan hajatnya. Mungkin saya tidak berlaku adil dalam menilai, tetapi pada hakikatnya hampir setiap stesen subway utama yang saya sempat lalui berbau hancing dan hamis. Seolah-olah seperti tiada kesedaran dari mana-mana pihak baik kerajaan atau masyarakat sendiri dalam menangani isu ‘remeh’ tersebut dan menjadi normality di dalam masyarakat.

Di sebalik keindahan Eiffel Tower, Arc de Triomphe,The Louvre,tersembunyi di sebaliknya ketamadunan manusia yang hancur.

Paris Paan 4

Barbes-Rochechouart, Sebuah Lagi Kejutan.

Saya menginap di sebuah hostel di sekitar Barbes-Rochechouart, sebuah kawasan yang didiami oleh imigran dari negara-negara timur tengah. Sebelum membuat keputusan untuk menginap di hostel tersebut, saya telah membuat sedikit kajian mengenai hostel tersebut, jaraknya dari stesen subway, makanan halal, surau berdekatan, dan satu perkara yang menarik perhatian saya adalah, kawasan tersebut adalah kawasan penduduk arab imigran. Pada masa itu, saya kira ia akan memudahkan urusan saya sebagai seorang Muslim, namun sangkaan saya meleset. Barbes-Rochechouart adalah kawasan samseng arab!

Keluar sahaja dari stesen tersebut, saya dikerumuni oleh beberapa orang arab yang cuba untuk menjual kotak rokok, tiket subway dan beberapa barangan lain namun saya tidak mengendahkan dan terus berlalu pergi tanpa memandang wajah mereka kerana Jabeer, penyambut tetamu hostel yang saya duduki berkata saya bertuah kerana tidak ditipu oleh samseng-samseng tersebut. Kebanyakan mereka hanya menjual tiket subway yang sudah digunakan dan kotak rokok yang diisi dengan puntung rokok sahaja.

Situasi itu membuatkan saya berfikir panjang, apakah faktor yang menjadikan mereka sedemikian rupa? Adakah disebabkan tekanan hidup yang mencengkam atau mereka hidup di dalam sebuah sistem yang jauh dari Islam? Saya cuba bertanya kepada Jabeer, tetapi dia tidak mempunyai jawapan yang konkrit kerana dia juga bukanlah a practising Muslim.

Paris Paan

Grand Mosque, Pemberi Khabar Gembira.

Grand Mosque adalah salah satu daripada tiga buah Masjid yang terkemuka di France. Saya bergerak ke Grand Mosque dari Luxembourg sebuah kawasan tarikan pelancong, dari situ saya menaiki Metro Line 4 ke Denfert Rochereau dan dari situ saya menukar subway ke Metro Line 6 menuju ke Place d Italie sebelum menaiki subway Metro Line 5 menuju ke Place Monge. Kemudian saya perlahan-lahan berjalan menuju ke Grand Mosque.

Setelah tiba di Grand Mosque, saya terpana seketika. Itulah kali pertama saya melihat sebuah masjid yang mempunyai cirri-ciri seni bina dari Spain. Masjid tersebut terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ruang taman yang kehijauan, ruang kosong yang dihiasi dengan takungan air pancut dan juga ruang solat utama. Jauh di dalam hati, saya dapat merasakan keagungan Islam di France pada suatu masa dahulu. Namun kini, di tempat yang sama, Islam dipijak-pijak.

Memasuki ruang solat utama, kelihatan para jemaah sedang bersolat zohor dan saya tidak turut ketinggalan untuk menunaikan solat bersama mereka. Seusai solat, saya melihat keadaan sekeliling dan saya dapati terdapat beberapa halaqah sedang berjalan di sekitar ruang solat utama. Itulah khabar gembira yang saya cari di bandar ini. Petunjuk di mana gerak kerja pengislahan umat giat dijalankan oleh para pencinta Islam, biarpun di tengah kota sekular total ini. Saya tersenyum sendirian dan meneruskan perjalanan sambil berdoa

“Semoga Allah menyuburkan dakwah Islam di Bandar ini. Semoga lebih ramai lagi manusia yang akan sujud pada-Mu. Moga cahaya keimanan akan menerangi bandar ini setinggi La Ville-Lumiére!”

Wallahualam

Muhammad Nur Farhan,
Ex UNSW Australia

p/s : Gambar menarik

Advertisements