Pluralisma agama for dummies (part 2)

394210_652324231451321_803792077_n
vi) Nasihat beliau kepada Malaysia.

Malaysia seharusnya menjadikan pelajaran akan apa yang menimpa Indonesia. Malaysia seharusnya terus mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan (religion of federation), maka anasir-anasir luar boleh dihalang.

vi) Adakah Pluralis sudah ada di Malaysia ?

Kata beliau, penubuhan Interfaith Commision (IFC) di Malaysia adalah dalam rangka penyebaran fahaman pluralisme di Malaysia. Ada 14 tuntutan IFC ini ;

http://www.pluralism.org/profiles/view/74169

14 tuntutan IFC:

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan didalm kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agam itu hendaklah diajar disemua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

vii) Kekesalan Dr Ugi Suharto

Tuntutan di atas sebahagian besarnya bercanggah dengan ajaran Islam di Malaysia. Bukankah aneh ada orang Islam dan kumpulan Islam yang mendokongnya ?

viii) Kesimpulan beliau

Islam mengakui adanya religous plurality (dalam erti menerima perbezaan agama dan budaya dalam kehidupan bermasyarakat) tetapi menolak religous pluralism ( yang menyamakan semua agama).

Prinsip ‘lakum dinukum waliyadin’ dan ‘ la ikrahu fiddin’ menjadi teras utama toleransi dan kerukunan beragama dalam Islam. Prinsip ini pada dasarnya menerima adanya perbezaan agama dari segi akidah dan keyakinan masing-masing.

Pluralisme agama ingin memansuhkan perbezaan tersebut dan mendakwa mereka lah pembawa kebenaran. Mereka berhasrat menjadi polis kepada mana-mana agama yang ada .

Dengan kerangka civil religion, mana-mana agama yang mendakwa dirinya sahaja betul adalah agama yang jahat.

Rujuk ‘when religion becomes evil’

Ada 4 syarat untuk digelar agama jahat :

– Absolute truth claims
– Blind obedience
– Establihsing the ideal time
– The end justify any means
– Declaring Holy War.

viii) Adakah gejala ini baru sahaja berlaku ?

Tidak buku ini sahaja cetakan pertama pada 2007. Juga telah ada beberapa siri kuliah dan seminar yang diadakan dan dianjurkan oleh

-Jabtan Hal ehwal agama Kelantan (3hb Jun 2006)
– Jais dan Abim(23 sept 2006)
– Haluan ( di Bertam Pulau Pinang , 25 Nov 2006)
– Dan lain-lain tempat.

p/s :

Ya Allah, saksikan bahawa aku telah menyampaikan.

Advertisements

Pluralisma agama for dummies (part 1)

922888_652323081451436_798419801_n

i) Apakah pluralisme agama ?

Pluralisme agama adalah fahaman yang menyamakan semua agama. Secara ringkasnya terdapa 4 aliran pemikiran pluralisme agama yang berkembang sekarang ini ;

-Civil Religion
-Global Theology
-Transcendent Unity of Religions (TUR) dan Syncretism

Di Indonesia, aliran TUR mendapat sambutan dari tokoh-tokoh pemikir Islib (Islam liberal)

ii) Apakah TUR itu ?

Ajaran TUR membahagikan agama-agama besar dunia (Islam, Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu, dll) kepada dua struktur utama

– Exoteric (Luaran/Zahir)
– Esoteric (Dalaman/Batin)

Menurut mereka, agama ini hanya berbeza daripada struktur luaran sahaja tetapi batinya sama. Menuju kepada tuhan yang satu.

iii) Siapakah tokoh-tokoh yang membawa faham pluaralisma ini ?

-Rene Guenon (lahir di perancis pada 1883, kemudian menganut Islam)
-Frithjof Schuon (memeluk Islam menukar nama pada Isa Nuruddin Ahmad)
-Seyyed Hossein Nasr (seorang Syiah)
-Huston Smith (Perintis kepada konsep segitiga, tuhan berada di titik tertinggi, dan semua agama akan mengalir ke bawah dpd titik tersebut dan akan bertemu pada titik yang sama)
-Nurcholis Majid (Satu Tuhan Banyak Jalan, penyebar Islam liberal di Indonesia)

iv) Situasi di Indonesia sekarang ;

Semakin diterima oleh generasi muda Islib dan JIL (jaringan Islam liberal). Mereka bebas untuk membuat kenyataan rasmi di media-media seperti kenyataan Ulil Absar Abdalla (Tokoh JIL)

“Semua agama sama, semuanya menuju kebenaran. Jadi Islam bukan yang paling benar” – Majalah Gatra, 21 Dis 2002

Projek sekolah pluralisma di Sekolah Madania Jakarta. Dr Budhy Munawar Rahman (aktivis JIL) berkata ;

“Ketika pelajaran agama, setiap anak akan melalui sistem moving class. Ada macam-macam kelas agama terpisah-pisah, Christian class, catholic class dan Islamic class. Ada juga diadakan perayaan agama, di mana semua kelas agaama akan berhias mengikut agama masing-masing. Simbol setiap agama juga akan ditonjolkan. Tujuannya adalah untuk melahirkan pelajar yang pluralis”

Sumber : www.islamlib.com

MUI (majlis Ulama indonesia) dibodoh-bodohkan, dan fatwa mereka tidak diterima kerana tiada undang-undang yang boleh menguatkuasakan fatwa tersebut hatta oleh pemerintah sekalipun.

v) Kenapa situasi di Indonesia begitu teruk sekali tidak di Malaysia ?

Jawabnya ringkas ,Indonesia secara perlembagaan tidak memberikan hak istimewa kepada Islam untuk menjadi agama rasmi negara. Akhirnya Islam secara khusus tidak dilindungi undang-undang.

vi) Nasihat beliau kepada Malaysia.

Bersambung : Siri Dua

Liberalism. Kebebasan kuku besi, dan kesesatan pegangan diri?

Liberalims

Liberalisasi dunia kini semakin menjadi jadi. Lihat saja contoh tempelak depan mata, di Mesir, “ardu kinanah”. Parti liberal tidak mahu tidak untuk kalah. Biar lah jelas depan mata, dibentangkan segala bukti pilihanraya rakyat yang lepas adalah adil dan saksama tanpa ada pengaruh luar. Biarlah jelas atas segala media dan minda rakyat yang pemimpin baru ini, jujur dan cukup islahnya. Tidak pernah sikit sama dengat kejamnya Firaun Mubarak yang lalu.

Lihat saja kesanggupan puak puak liberal di Mesir yang sanggup menipu terang terangan, yang sanggup mengupah orang, yang sanggup juga merosakkan negara sendiri.

Apakah sebenarnya liberal? Sebuah doktrin pemikiran? Satu bentuk agama baru? Mazhab baru dalam satu agama? Atau mungkin hanya ideologi politik?

Sejarah liberalisai dunia sudah mula lama. Lama sebelum zaman Mubarak lagi. Lama sebelum zaman Tun Abdul Rahman lagi. Ancamannya sudah lama menular jauh pelosok masa lagi. Masih ingat apa itu zaman Enlightment yang kita telaah waktu SPM dulu? Mungkin lebih familiar zaman Reinassance? Zaman yang zaman sebelumnya kita faham sebagai zaman gelap dunia Eropah, menyaksikan kemunduran hidup masyarakat di Eropah. Yang waktu itu Kristianisasi sudah ketinggalan dengan kemajuan dunia islam yang waktu itu berpaksikan khalifah di Turki.

Konsep asal liberal ini bukanlah dimulakan oleh satu daya fikir seorang tokoh. Tetapi hal ini muncul kerana pemikiran yang mutual oleh beberapa tokoh pemikir waktu itu. Berbeza cara didikan, berbeza cara hidup, berbeza tempat tetapi, oleh kerana persekitaran dan pengalaman yang hampir sama, maka muncullah pemikiran yang mutual ini. Dan semua buah fikiran ini dikompilasi serta melengkapi satu sama lain, maka hasilnya fikiran yang sedikit sebanyak mengajak kepada membebaskan diri daripada agama.

Atheist.

John Locke (1704), ahli falsafah dan ahli fizik british, Rousseau (1778) penulis dan ahli falsafah switzerland adalah antara yang membentuk pemikiran dan ideologi politik liberal.

Maka, jika liberalism ini adalah satu ideologi politik hanya, bagaimana kaitannya dengan membentuk atheist, ataupun menyentuh isu isu agama? Bagaimana terjadinya liberal yang mengancam dunia islam? Di mana susur galurnya yang mengatakan liberal itu salah dan bahaya?

Bersambung…

Muhammad Al Amin B. Tajuldin
Pelajar Jurusan Perubatan, Universiti Iskandariyah.
Camp Cesar, Iskandariyah, Mesir.